Kenyataan Media Malam Budi Bersama Bintang

Kenyataan Media Malam Budi Bersama Bintang

KENYATAAN MEDIA MALAM BUDI BERSAMA BINTANG





Karyawan dan Yayasan Budi bakal menganjurkan satu majlis makan malam gilang-gemilang yang bakal menampilkan persembahan hebat dari beberapa artis tanahair yang diberi nama ”Malam Budi Bersama Bintang” pada 14 Januari 2019 (Isnin) jam 8.00 Malam bertempat di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Menampilkan Juara Gegavaganza 5, Noryn Aziz serta artis lagenda Datin Paduka Julie Sudiro dan Datuk Yusni Hamid, Salimah Mahmood, Rozita Rohaizad, A Rozaini serta bakal dihoskan oleh Helmi Gimmick yang pastinya akan menjadikan persembahan malam tersebut bakal diingati dan menghiburkan semua hadirin.
Objektif utama Majlis Makan Malam ini ialah bagi mengutip dana yang bakal digunakan bagi menampung kos operasi serta tabung kebajikan Persatuan.
Jualan Meja berharga RM 10,000, RM 5,000, RM 3,000 RM 2,000 serta tiket perseorangan berharga RM 250 boleh didapati dengan menghubungi 012 2071400 / 01128596452 atau talian pejabat 03 2092 5517.

Related post

About

Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
Persatuan Karyawan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair.

Get in touch

Persatuan Karyawan Malaysia Rasmi
71-1,
Medan Setia 1,
Plaza Damansara,
Kuala Lumpur, 50490 Malaysia,
Malaysia.

Phone : 0320925517

Sign Up For Our Newsletter