Archive for the "Drama Bersiri" Category

Sort by:

Mana Sayangku

Protagonis / antigonis mencari apa yang mereka cintai dan kemelut mereka, keluarga dan rakan dalam kancah korporat dan politik.

BERSANTAN…….

Genre : Komedi/Sitcom
Chef chumbi, bekas chef hotel lima bintang  mengubah suai dapurnya agar jadi  studio masakan ala martha stewart, chef chumbi menawarkan khursus  masakan . stesen television dijemput untuk merakamkannya . rumah dibuka kepada sesiapa sahaja,  suaminya yang baru pencen merasa lemas.

PAGAR UNGU DINDING FUSYIA

Genre : Komedi/Sitcom
Tagline : Jack Off All Trade And Master Of All
Tersisih dari kenaikan pangkat, siti balqis 43 tahun,  pengurus korporat yang anglophile,  dihantar menjadi pengurus ladang sawit.  pertukaran jawatan ini tidak disenangi semua pihak. di pejabat dia disabotaj , kerana dia perempuan, janda, moden dan tidak bertudung. di rumah anak-anak dan bekas mertua merumitkan [...]

ZAIBO D’ ZAIBO

Genre : Komedi/Sitcom
Tagline : God  Only Made Few Perfect Heads … The Rest He Covered With Hair.
Kecewa  tidak dapat menjadi pelakon bangsawan yang menjelajah kawasan felda , zaibo membuka pentas komidinya sendiri sambil mempersembahkan gerak lucunya dan acara bual bicara/talk show di atas pentas funfair yang dimiliki oleh seorang bekas pelakon terkenal, sementara menjelajah merata [...]

FAKTOR LUMUT/THE LUMUT FACTOR

Genre : Drama Jenayah
Ayahnya mati dibunuh dan pihak polis cuba meringankan kerja  dengan mengatakan datuk syariman 78 tahun,  yang telah bankrap itu  membunuh diri,  ronnie,30 tahun,  inspektor di unit tindakan khas bukit aman yang kecewa dengan kerjayanya meminta ditukarkan ke lumut agar dapat  menjaga adiknya yang terencat akal . di tempat baru ronnie  bertemu marco [...]

PENARIK BECA

Genre :  Seram dan Fantasi
Tagline : Beca Bukan Sebarang Beca
Basikal  antik  dalam koleksi seorang penulis telah dicuri.  basikal ini  asalnya sebuah beca yang  pernah dijadikan prop filem dan alat-alat gantinya telah  terpisah oleh pengedaran masa.  apabila satu dari alat ganti yang terpisah tercantum oleh takdir, ia mempunyai nyawanya sendiri, membawa musibah dan kecelakaan kepada pemilik [...]

WAYANG HITAM PUTIH

Genre : Drama Kekeluargaan
Tagline : Bukan Susah Nak Menipu, Bukan Senang Berterus Terang
Damanhuri, 25 tahun, dari keluarga lintah darat yang kerja mereka menipu dan memperdaya mangsa, dipaksa oleh bapanya memikat nuraina 25 tahun, seorang perempuan buta agar harta wanita itu boleh mereka miliki. …. tetapi siapakah nuraina, dan siapakan  yang sebenarnya terpedaya.

KARENAH MALAM 7 LIKUR

KEMERIAHAN MALAM 7 LIKUR
Drama kanak-kanak yang memaparkan kegembiraan kanak-kanak dalam menyambut malam 7 likur dan ketibaan Aidilfitri.
Kanak-kanak juga berperanan untuk memeriahkan suasana malam dengan berterawih di masjid atau  kenakalan mereka bermain bunga api dan meriam buluh di kampung.

LOLIPOP

Keanehan kanak-kanak menjadikan diri kita dewasa.
Anis seorang kanak-kanak yang aktif dan bijak dalam pelajaran.tetapi kelemahannya hanya satu sekiranya tiada lolipop semua kelebihannya  akan turun secara mendadak.

BANDARAYA

Bersatu teguh bercerai roboh.
Ali seorang penyiasat persendirian ingin membersihkan sindiket warong-warong haram yang didalangi oleh seorang hartawan ternama dan birokrasi. Bejayakah dia mengatasi keremehan birokrasi dan percaturan politik?