Archive for the "Telemovie" Category

Sort by:

Bersarang Noda

Genre :Kekeluargaan (Heavy Drama)
Kategori :Telemovie
Durasi : 90 minit
Logline: Yusanani terbelit dengan dosa-dosanya kerana menderhakai ibu kandungnya sendiri.Hidupnya merana kerana mengahwini lelaki durjana.Dia dilacurkan suami sendiri sehingga melahirkan anak kembar berbangsa India.Akhirnya meninggal setelah bertaubat.

Wad 31

Genre : Seram
Kategori :Telemovie
Durasi : 90 minit
Logline: Andrie seorang lelaki kasanova yang terlibat dalam satu kemalangan akibat dari memandu dalam keadaan mabuk telah dimasukkan ke dalam hospital bagi merawat kecederaannya.Andire ditempatkan di wad 31 iaitu suatu wad yang sudah lama tidak digunakan oleh pihak hospital kerana dipercayai wad itu berhantu.Pihak hospital tiada pilihan meletakkan Andrie [...]

Penunggu Rumah Hujung Kampung.

Genre :Seram
Kategori : Telemovie
Log Line: Rumah yang ditinggalkan kosong di hujung kampung berdekatan dengan jirat cina selepas sepasang suami isteri mati akibat kemalangan akhirnya mengundang entiti yang mengganggu sepasang suami isteri yang kini menetap di rumah itu.Kamal dan Suzana dua orang guru baru yang ditugaskan mengajar di sekolah berhampiran tiada pilihan untuk menetap di rumah [...]

Dunia Tengah

Genre: Cinta Komedi
Kamarul adalah seorang ketua keluarga yang penyayang dan sangat bertanggungjawab. Malangnya, dia diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi. Berbagai kerja dipohon tetapi dia tidak diterima. Ada satu tawaran kerja dari sepupunya, seorang ‘Mak Nyah’. Kamarul menerimanya walaupun ianya bertentangan dengan prinsipnya terhadap kaum ‘Mak Nyah’. Apakah pekerjaan itu? Berbagai peristiwa lucu berlaku dalam usahanya untuk mengimbangi [...]

Desakan Syaitan

Genre: Sedih/Serious Drama
LogLine : Akibat dari desakan kehidupan ,Maya telah memilih jalan yang singkat untuk mengecapi kesenangan hidup.Tanpa memikirkan risiko yang akan Maya tempuhi jika ia gagal dalam satu percaturan telah membuat Maya tidak teragak-agak melakukan suatu tugas yang menjanjikan pulangan yang mudah untuk dia hidup dalam suasana mewah dan tidak lagi menderita dalam kemiskinan.Dan [...]

PELANTARAN

Genre : Drama Masyarakat
Tagline : Yang Pengecut Mati Beribu Kali
Dua pembunuh kontrak datang ke kampung untuk membunuh ah liah,ahli gang yang berpaling tadah. mereka singgah di kedai kopi  milik ludin 30,  dan emah 25.  enggan berdiam diri,  emah dan ludin mesti cuba menyelamatkan ah lian.

GAJAH MATI

Genre : Drama Kekeluargaan
Tagline : Amacam Wahai Gajah-Gajah..Aku Boleh Jadi Syarifah Aini Tak?
Natya 48, wanita kampung yang tidak menyedari dia semakin tua, gian untuk jadi penyanyi terkenal  hidupnya dihabiskan dengan angan-angan, karaoke dan mengikut kugiran ala enam puluhan sehingga anak-anak terbiar .  impiannya tercapai bila berhadapan dengan gajah-gajah yang mengamuk.

OMBAK DI RIAK ANGIN

Genre : Drama Kekeluargaan Berciri Islam
Kekasihnya dibunuh mafia dan dia sendiri  diburu. Lee Ann Ross 28 tahun, menyamar jadi serani yang beragama Kristian dan sembunyi di  kampung, tetapi imam muda yang kacak ini pula ingin mengislamkannya. .

TUJUH KALI PUSING

Genre : Drama Komidi Berciri Islam
Dalini 25,  dan nayah 23, wartawan general desk,  menyamar jadi polis bodoh-bodoh alang dan perempuan putus kasih  untuk menjejaki hero filem  yang memasuki komuniti ajaran an nur, sindikit bomoh palsu. cerita entah kemana, dan scoop hilang .  banker, murtaza ramzi terpaksa turun padang.

ACAR TELUR KARI SYAITAN

Genre : Komidi Musim Perayaan
Tagline : Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama
Cahaya kumala 48,  balik ke kampung tanah tumpah darahnya untuk  berhadapan dengan syaitan-syaitan yang mengganggu tidurnya sambil membersihkan nama dan penghormatan keturunan mereka.  apakah  cara terbaik pada hari baik bulan baik ini? berkendurilah. tapi adakah dia akan diterima masyarakat kampungnya.