Archive for the "Filem Cereka" Category

Sort by:

PENYEMBAH MENTARI/THE SUN WORSHIPPER

Genre : Historical Fiction
Tagline : Aku Enggan Jadi Dewasa/I Do Not Want To Grow Up
Engku taqdir ,11 tahun, anak kampung yang membesar di pinggir hutan ,  belajar makna khianat apabila dipaksa  menyerahkan ibu saudaranya  yang membuka kumpulan bangsawan untuk menghiburkan askar-askar  malayan anti japanese party kepada pemerintah.

DAGANG KAMI DAGANG BERTEMPAT

Genre : Historical Fiction
Tagline : …Dagang Kami Dagang Bertempat
Pandak setia 60 tahun, ketua kampung yang kuat ugama, menghukum anaknya kerana zina. tindakan nya dikutuk oleh keluarga dan saudara mara. kemudian dia sendiri  dihukum oleh pemerintah boneka yang didalangi penjajah. adakah puak kampungnya akan membisu,  berdiam diri dan membiarkan kampung tergadai?

MENCARI JALAN PULANG

Genre : Action Adventure
Tagline : … Dalam Lalok, Itik Di Air Mati Kehausan
Kamri jumat, 32, drop out lincoln’s inn hidup merempat di london selama lapan tahun,   adik beradiknya yang papa kedana  mengirimkan wang yang banyak dari malaysia dan memanggilnya pulang. bila dia tiba di kampung halaman, puak kampungnya yang kuat ugama, bertukar jadi hooligans dan  [...]

MEMERDEKAKAN SYATILA

Genre : Road Movie
Tagline : Jom Ke Gaza..Dan Berjalan Ke Baitul Mukaddis
Lima remaja di asrama agama…… merasa diri mereka terlalu dikongkong oleh perundangan keluarga dan peraturan sekolah, syafik 15 dan qareema 19 tahun, mencari keterujaan baru dengan merancang   ke patani dan  tebing barat untuk menyelamatkan kanak-kanak islam dari penindasan kafir dan zionis.

THE SCENT OF OUR MOTHERS

Genre : Tragedi
Tagline : Dia Hanya Ibu Susuan, Dia Ibuku
Anan menyusukan anak eng lee, yang kematian ibu kandung, dan anaknya sendiri mati semasa dilahirkan.tindakan anan tidak disenangi puak kampungnya, dan dalam diam juga nafas cinta antara anan dan en lee membuak. apabila diganggu oleh puak kampung  en lee melarikan diri. anan mengambil keputusan mengikut en [...]

BUKAN AKU TAK CINTA ( VERSI MODEN )

Cinta yang terhalang bukan satu perpisahan yang abadi.
Deraman pemuda kampung yang mengusahakan sebuah homestay bercirikan kemelayuan selalu mendapat perhatian dan tempahan dari pelbagai pihak. Kehadiran miyako gadis jepun yang menetap di malaysia sebagai seorang pelajar sebuah universiti di kuala lumpur mengubah nasib deraman. Pelbagai halangan telah menimpa deraman dan miyako setelah mengetahui mereka berdua bercinta.apakah [...]

BUKAN AKU TAK CINTA ( VERSI PURBA MELAYU )

Cinta yang terhalang bukan satu perpisahan yang abadi
Laksamana damak seorang pahlawan melayu dari kerajaan negeri terengganu. Seorang yang setia kepada rajanya dan diamanahkan untuk merantau ke negara jepun bagi menyampaikan ucapan persahabatan yang sudah lama terjalin di antara kedua-dua negara.laksamana damak telah menjalinkan satu ikatan percintaan dengan seorang gadis jepun yang sangat jelita bernama miyako.percintaan [...]

CINTA PORTUGIS

Cinta duniawi hanya sampai ke mati tetapi cinta sejati hanya untuk Allah S.W.T.
Senorita gadis penari di perkampungan portugis telah menjalinkan percintaan dengan sufian seorang pemandu pelancong dari pantai timur.malangnya percintaan mereka berdua sampai di penghujungnya dan hanya senorita sahaja yang mendapat cinta sejati.apakah cinta sejati itu………

CINTA ARTATIKA

Kisah cinta kartika dan tarmizi berputik indah umpama dua sejoli lalu menguatkan kasih sayang, lantas mengambil keputusan berkahwin secara diam dan hidup bersama sehingga mewujudkan keluaga bahagia sehingga dikurniakan 2 cahaya mata, aini dan asraf. malang menjelma bila kartika mengetahui suaminya adalah abang kandung bapanya, namun mereka terus lari dari masalah kerana cinta.