Sekarang ada 45 skrip yang tersimpan dan 78 penulis skrip yang berdaftar disini.
BANK SKRIP KARYAWAN MALAYSIA
Satu Badan yang dikendalikan oleh Biro Penulis Skrin KARYAWAN bagi memastikan
Penulis Skrip/Skrin di Malaysia mendapat perkara-perkara seperti berikut:-
 |
Tempat menyimpan hasil karya skrip/skrin yang selamat, murah, sistematik dan
berkesan. |
 |
Tempat rujukan bagi tujuan perundangan, perundingan dan pemasaran. |
 |
Tempat yang membantu memasarkan hasil karya skrip/skrin secara global. |
 |
Tempat yang bakal menjadi bahan rujukan dan jualan hasil karya skrip/skrin. |
 |
Tempat di mana setiap hasil karya skrip/skrin di pamirkan secara global. (Hanya
Tajuk, Genre, Tag Line Dan Log Line akan di pamirkan, proposal & Skrip Penuh
hanya akan diberikan setelah mendapat kebenaran Penulis Skrip/Skrin terlebih
dahulu) |
 |
Tempat menyimpan hasil karya dan akan di gunapakai oleh penghasil karya sebagai
bahan bukti bilamana terdapat permasalahan perundangan, keraguan hasil karya
atau,dan ciplak hasil karya. |
MISI & VISI
Bank Skrip Karyawan Malaysia akan menjadi Hypermarket atau Perpustakaan
Skrip/Skrin terbesar di Malaysia di mana Penyiar, Penerbit, Pengarah, Pengkaji
atau sesiapa saja yang berminat dengan hasil karya dapat menjumpainya dan
membelinya di sini. Kaedah/Sistem yang selamat dan menjamin kebajikan ke semua
pihak telah diaplikasikan bagi merealisasikannya.
PROSUDER DAN TERMA-TERMA PENDAFTARAN
 |
Mestilah AHLI Persatuan Karyawan Malaysia yang sah,
jika belum menjadi ahli KARYAWAN, sila muat turun "Borang Pendaftaran
Ahli Persatuan Karyawan Malaysia", Hanya RM10 dikenakan untuk
keahlian seumur hidup. Isi dan poskan (Wang Pos RM10 atas nama "PERSATUAN
KARYAWAN MALAYSIA") ke Persatuan Karyawan Malaysia |
 |
UNTUK MENGHANTAR PROPOSAL DAN SKRIP ke Bank Skrip
Karyawan, Anda bolehkan
DAFTAR/REGISTER secara on-line, isi borang
Biodata lengkap dan HANTAR/UPLOAD proposal atau skrip penuh, NAMUN ianya
tidak akan di pamirkan sehingga Anda memenuhi langkah yang seterusnya. |
 |
Setiap Skrip yang ingin di simpan dalam Bank Skrip
Karyawan hendaklah muat turun "Borang Pendaftaran Hasil Karya Skrin
Karyawan", isikan borang berlainan untuk setiap skrip yang hendak di
simpan di Bank Skrip Karyawan dan poskan bersama wang pos RM10 bagi
setiap skrip. |
 |
Segala bayaran mestilah menggunakan wang pos atas
nama "PERSATUAN KARYAWAN MALAYSIA" dan diposkan ke alamat No
60, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor DE . Sila hubungi Bank
Skrip Karyawan di talian: 03-7955 2967 atau 03-7960 6459
untuk semakan penerimaan wang pos dan borang. |
 |
Pengaktifan akaun Anda akan dilakukan setelah Borang
dan Bayaran di terima. |
 |
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN: Bayaran untuk menyimpan Skrip
hanya RM10.00 setahun dan 10% akan di tolak/didermakan kepada Persatuan
Karyawan Malaysia jika skrip terjual. Pihak kami akan HANYA MENJADI
PERANTARAAN (COORDINATOR) antara Penulis/Pemilik Skrip dan Pembeli (Penerbit/Penyiar/Universiti/Arkib
DLL). Hakmilik sepenuhnya kepada Penulis Skrip. |