Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Karyawan Malaysia kali ke 10 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 02 July 2009 19:52

30 Jun 2009
3.00 Petang
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

 


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Karyawan Malaysia kali ke 10 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran para ahli dan juga para AJK yang dilantik sebelum ini. Mesyuarat kali ini membentangkan beberapa perkara meliputi laporan gerak kerja persatuan , pengauditan dan pelbagi isu-isu berbangkit.

Pelbagai isu diutarakan didalam sessi soal jawab yang menghangatkan lagi majlis yang berlangsung. Suasana pembentangan dan mesyuarat berjalan dengan amat lancar sekali serta mencapai beberapa resolusi berkaitan dengan gerak kerja persatuan bagi sessi mendatang. Dapat dirasakan bahawa Karyawan akan terus maju kedepan melihatkan para ahlinya yang amat komited serta para exco yang berdedikasi.

Turut diperkenalkan kepada ahli ialah biro yang baru ditubuhkan iaitu Biro Penulis Skrin yang diketuai oleh Saudara Shamsul Ambia serta Exco Biro Cina yang dilantik Angeline Wong. Isu-isu yang dibangkitkan pada mesyuarat agung sebelum ini juga telah dijalankan dengan baik seperti penganjuran program akreditasi bagi pemuzik hotel dan kelab , isu kebanjiran muzik luar yang diatasi dengan resolusi 90 / 10 serta lain-lain perkara. 

Last Updated on Thursday, 02 July 2009 19:57
 
Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan, Dato' Dr Rais Yatim PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 29 June 2009 16:43

25 Jun 2009
3.00 Petang
Studio Soundstage FINAS, Hulu Kelang

 


 

Persatuan Karyawan Malaysia telah mengadakan satu majlis ramah mesra dan minum petang bersama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Dato’ Seri Utama Dato’ Dr Rais Yatim yang telah berlangsung pada 25 Jun 2009 jam 3 petang bertempat di Studio Sound Stage , FINAS , Hulu Klang yang dihadiri oleh hampir 300 para ahli Karyawan.

Walaubagaimanapun majlis ini  tidak dapat dihadiri oleh YB Menteri sendiri diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan di saat akhir dan digantikan oleh Ketua Setiausaha KPKK iaitu Y. Bhg Dato’ Kamaruddin Bin Siaraf , namun majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Tujuan majlis ini diadakan adalah diatas permintaan YB Menteri sendiri  yang ingin bertemu dengan para artis Persatuan Karyawan Malaysia , terutamanya para artis veteran serta membincangkan beberapa perkara berhubung soal seni budaya tanahair. Didalam Majlis ini juga , Presiden turut memperkenalkan lagi satu lagi sayap biro Karyawan yang baru ditibuhkan iaitu Biro Skrip yang diketuai oleh Saudara Shamsul Ambia selaku exconya.  

Dalam ucapan Dato’ Kamaruddin yang mewakili pihak YB Menteri , beliau merasa amat kagum dengan pelbagai inisiatif dan aktiviti Persatuan Karyawan Malaysia yang dilihat begitu aktif didalam pelbagai pelaksanaan dan perjuangan seninya selama ini . Beliau turut menerangkan tentang pelbagai projek kebudayaan yang telah dirancang oleh pihak KPKK disekitar Bandaraya Kuala Lumpur seperti penganjuran aktiviti yang bakal diadakan di Dataran Budaya , Jalan Sultan Abdul Samad dan lain-lain sebagai usaha menyemarakkan seni.

Sambil menjamu selera , majlis ini turut diserikan dengan persembahan daripada artis-artis Karyawan seperti, M.Nasir, Dayang Nurfaizah, Datin Paduka Julie Sudiro, Samsudin Lamin, dan lain-lain.  

Pihak Persatuan Karyawan Malaysia amat amat bersyukur dan berterima kasih diatas segala sokongan dan bantuan pihak YB Menteri dan pihak Kementerian selama ini. Semoga hubungan baik yang telah lama terjalin ini dapat diteruskan dengan lebih erat didalam usaha memertabatkan seni tanahair. 

Last Updated on Monday, 29 June 2009 16:51
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4

Siapa di Talian

We have 4 guests online
Saturday, 04 July 2009

Masa Sekarang

Pengumuman AGM

Persatuan Karyawan Malaysia
60, Jalan 19/3, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel. No.: 03-79552967/79606459 Fax No.: 03-79573546

Notis

Persatuan Karyawan Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 10 pada 30 Jun 2009 (Selasa) bertempat di Bilik Redang A & B , Tingkat 3 , PWTC. Berikut adalah agenda yang bakal dibentangkan.

  1. Pembentangan dan kelulusan minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9
  2. Pembentangan terhadap perlaksanaan kerja yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik sebelum ini.
  3. Pembentangan audit kewangan Persatuan bagi tahun 2008 serta butiran lanjut pengauditan.
  4. Untuk melantik Juruaudit
  5. Hal-hal lain.

Para ahli dijemput hadir bagi melontarkan sebarang pandangan serta menambah produktiviti persatuan.Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak pengurusan Persatuan Karyawan Malaysia
 

Pengumuman

Para pengunjung digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli online serta memanfaatkan ruangan forum yang disediakan (sila klik butang di bawah).

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi moderator, sila hubungi webmaster di admin@karyawan.com.my dengan kadar segera.

Borang Keahlian Karyawan

(Klik gambar untuk muat turun borang)
 
Sila poskan borang keahlian berserta wang pos d iatas nama, "Persatuan Karyawan Malaysia"  berjumlah RM10 bagi ahli seumur hidup ke alamat seperti di bawah :
 
Persatuan Karyawan Malaysia
60, Jalan 19/3,
Petaling Jaya
46300, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Anda Pelawat Ke

Free Hit Counter
Copyright 2009 Persatuan Karyawan Malaysia.